LABUAN, 22 November – Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di dalam sebuah kenderaan di belakang premis kawasan Pertama Industrial Estate, Labuan pada pagi tadi.
- Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui dalam sebuah kenderaan di belakang premis industri di Labuan.
- Kejadian disedari mekanik bengkel selepas mengesan bau tidak menyenangkan dari dalam kereta.
- Mangsa dikenali sebagai Budin Jimsalin, berumur 8 tahun, dan tiada dokumen diri ditemui.
- Punca kematian masih dalam siasatan; kenderaan dilaporkan berada di situ sejak bulan Jun.
- Orang ramai diminta tampil memberi maklumat; polis menasihatkan ibu bapa memantau kanak-kanak, terutamanya berkeperluan khas.
Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata mayat kanak-kanak berumur 8 tahun itu ditemukan oleh seorang mekanik bengkel yang berada berdekatan di kawasan tersebut.
“Kejadian disedari apabila seorang mekanik mahu mengalihkan kereta, namun terhidu bau tidak menyenangkan dari dalam kenderaan,” katanya.
Mayat dikenal pasti sebagai Budin Jimsalin dan tiada dokumen diri.
Punca kematian masih dalam siasatan.
Menurut Superintenden Mohd Hamizi, siasatan awal mendapati kenderaan jenis sedan itu telah berada di tempat berkenaan sejak bulan Jun.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Polis turut menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan kanak-kanak, khusus yang mempunyai keperluan khas atau cenderung keluar rumah tanpa pengawasan.

