Polis tahan lima lelaki, selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu

KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini.

Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil pelaksanaan Op Lejang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Binjai.

Beliau berkata laporan pertama diterima pada 6 Ogos daripada seorang lelaki berusia 50-an yang melaporkan motosikalnya dicuri di hadapan rumah di Kampung Lubuk Pukul, di sini.

“Laporan kedua dibuat pada 5 Sept lalu oleh lelaki berusia 20-an yang kehilangan motosikal di hadapan rumahnya di Padang Kiat, Sering. Kes ketiga diterima pada 23 Nov lalu melibatkan seorang lelaki berusia 40-an yang mendapati motosikalnya hilang di kawasan letak motosikal PPR Kota Bharu, Jalan Kelachor. Ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Rosdi berkata kesemua suspek ditahan semalam dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta direman selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut, termasuk kemungkinan wujud penglibatan rakan subahat atau kaitan dengan kes-kes lain.

Hey there! Ask me anything!