Rakam wanita dalam tandas, lelaki didenda RM4,000

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Seorang pemuda berusia 24 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah merakam seorang wanita di dalam bilik air sebuah pasar raya.

Tertuduh, Muhammad Syahmi Mat Ros, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffa Nabillah Mohd Ishak mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang melalui perbuatan tidak senonoh.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa merakam mangsa, seorang jurujual berusia 28 tahun, menggunakan telefon bimbit ketika wanita itu berada di dalam tandas.

Suspek ditahan pada 28 November lalu sebelum direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Hey there! Ask me anything!