GEORGE TOWN, 24 Oktober – Seorang warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki.
- Warga Thailand, Phra Phumin, 63, didakwa mencederakan seorang lelaki di Kampung Kebun Sireh, Jalan Raja Gopal.
- Tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak faham Bahasa Melayu atau Inggeris.
- Jurubahasa Thai diperlukan untuk membacakan pertuduhan dan prosiding lanjut.
- Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal; tertuduh tidak diwakili peguam.
- Hakim Juraidah Abbas tetapkan sebutan semula pada 7 November; tiada jaminan dibenarkan.
Suspek, Phra Phumin, berusia 63 tahun, didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Kebun Sireh, Jalan Raja Gopal, di sini, Selasa lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan, kerana lelaki berkenaan tidak memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Selain itu, bantuan jurubahasa Thai diperlukan bagi membacakan pertuduhan.
Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim, Juraidah Abbas menetapkan 7 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan mendapatkan jurubahasa Thai.
Tiada jaminan dibenarkan ke atas tertuduh.
Pertuduhan dibuat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

