Perkembangan di Aceh Utara. Bantuan “Misi Kemanusiaan Banjir Sumatera”, disalurkan kepada kira-kira 1,697 penduduk Kampung Geudumbak, Aceh Utara antara lokasi paling terjejas. Misi digerakkan menerusi kerjasama Econsave bersama MyCare dan Islamic Relief Indonesia, menyalurkan bantuan kepada penduduk ditimpa musibah akibat banjir lumpur baru-baru ini. Ikuti laporan Erwin Zaid, bagi hari pertama misi berkenaan.