15 projek RTB Johor dijangka siap menjelang 2027

ISKANDAR PUTERI, 18 November – Kerajaan negeri Johor memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir melalui pelaksanaan 15 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negeri, dengan nilai keseluruhan RM2.6 bilion dan dijangka siap menjelang 2027.

Daripada jumlah itu, 11 projek telah mendapat kelulusan termasuk 10 projek yang sedang dilaksanakan, manakala satu lagi berada dalam fasa reka bentuk.

Empat projek baharu bernilai hampir RM300 juta turut menerima kelulusan terkini, sekali gus memperkukuh lagi langkah kerajaan negeri dalam menangani risiko banjir.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh bagaimanapun berkata ketika ini pihaknya berdepan cabaran dalam pelaksanaan dua projek, iaitu di Segamat dan Kota Tinggi.

“Pertama ialah di daerah Segamat, yang melibatkan dua projek. Salah satu daripadanya, projek Fasa 3 Pakej 2 berkaitan isu bom lama. Untuk isu ini, bantuan telah diminta daripada pihak di Tebing Sungai Gatum, Labis. Penyelarasannya melibatkan pihak PETRA, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Majlis Keselamatan Negeri. Kini, proses penyediaan dokumen bagi sebut harga sedang dijalankan bagi membolehkan kawasan tersebut dibersihkan,” katanya di sini.   

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri, Johor.

Hey there! Ask me anything!