
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Dua buah rumah terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Lot 125 Jalan Khalid Al Walid, Kampung Bukit Sungai Putih di Lembah Jaya, Ampang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang 40 kaki dan menimpa atap dua buah rumah setingkat.
Seramai tujuh anggota daripada Balai Bomba Ampang dan dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.