KUALA LUMPUR, 24 November – Sebanyak tujuh negeri dilanda bencana banjir melibatkan 13,915 penduduk daripada 4,844 keluarga setakat 4 petang.
- Tujuh negeri dilanda banjir dengan jumlah mangsa besar, tertumpu di Kelantan yang mencatatkan angka terjejas paling tinggi.
- Seramai 82 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh negara bagi menempatkan keluarga terjejas.
- Amaran cuaca buruk dikeluarkan, jangkaan hujan sangat lebat berterusan di beberapa negeri sehingga 25–26 November.
Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara menerusi satu laporan memaklumkan Kelantan merekodkan penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 9,503 orang diikuti Perak 1,538 orang, Perlis 1,426 orang, Kedah 542 orang, Pulau Pinang 414 orang, Selangor 283 orang dan Terengganu 209 orang.
Selain itu, sebanyak 82 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh negara dengan Kelantan 8 PPS, Perak 20 PPS, Perlis 7 PPS, Kedah 6 PPS, Pulau Pinang 4 PPS, Selangor 6 PPS dan Terengganu 1 PPS.
Dalam masa sama, amaran cuaca tahap buruk dikeluarkan dengan jangkaan hujan sangat lebat berterusan di kebanyakan daerah di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga 26 November ini.
Manakala, amaran cuaca tahap buruk turut dikeluarkan terhadap kebanyakan daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan sehingga 25 November.

