‘Airboat’ milik YDP Agong bantu operasi banjir

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran menggunakan dua ‘airboat’ berkuasa tinggi milik Baginda, sebagai aset operasi menyelamat penduduk terjejas banjir.

Sultan Ibrahim menzahirkan perkenan itu menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Kedua-dua airboat ditempatkan di Istana Negara dan dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi serta mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan,”titah Sultan Ibrahim.

Pada Mac 2023, tiga unit ‘airboat’ milik Yang di-Pertuan Agong, digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu penduduk terjejas banjir di Johor.

Aset berkenaan turut digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke penempatan Orang Asli di Kluang yang terputus hubungan akibat bencana ketika itu.

Hey there! Ask me anything!