Larangan miliki akaun media sosial bawah 16 tahun disasar tahun depan

KUALA LUMPUR, 23 November – Larangan untuk kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah memiliki akaun media sosial sendiri disasar mulai tahun depan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata langkah itu merupakan antara inisiatif bagi mengekang jenayah siber rentas usia serta melindungi kanak-kanak daripada risiko eksploitasi dalam talian dan pemangsa seksual.

Menurut beliau, antara mekanisme yang sedang diteliti ialah pelaksanaan pengesahan Electronic Know Your Customer (eKYC) yang akan diwajibkan kepada platform media sosial.

“Ini adalah keputusan Kabinet bahawa kanak-kanak di bawah umur 16 tahun akan dilarang daripada membuka akaun media sosial. Dari segi mekanisme, salah satu cara ialah memastikan platform media sosial melaksanakan sistem eKYC (Electronic Know Your Customer) menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti pasport, MyKad, dan MyDigital ID. Kita menjangkakan, menjelang tahun depan, platform-platform ini akan dapat melaksanakan sistem tersebut.”

Selain penguatkuasaan menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan sedang meneliti pelaksanaan had umur sejagat, seperti di Australia dan beberapa negara lain, termasuk aspek penguatkuasaan.

seperti yang dilaksanakan di Australia dan beberapa negara lain, termasuk dari segi mekanisme penguatkuasaan.

“Australia akan memulakan pelaksanaannya pada Disember ini. Setiap negara mempunyai pendekatan tersendiri, namun kita akan menilai kaedah terbaik untuk memastikan kanak-kanak di bawah 16 tahun tidak memiliki akaun media sosial,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai, di ibu negara.

Hey there! Ask me anything!