Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 24 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah hingga 1 tengah hari Isnin, 24 November 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 1 tengah hari Isnin.
  • Negeri terlibat: Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah.
  • Kawasan terjejas termasuk Bera; Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang; Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol; Sandakan dan Kudat.
  • Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan hujan >20 mm/jam berterusan hampir atau lebih sejam.
  • Amaran ribut petir ialah jangka pendek, sah maksimum enam jam bagi setiap keluaran.

Antara yang terjejas ialah daerah Bera di Pahang, manakala di Selangor melibatkan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Jangkaan cuaca sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Sabah (Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Hey there! Ask me anything!