KUALA LUMPUR ,12 November – Kompleks Angkasapuri Kota Media, mercu tanda penyiaran negara terus menyerlah apabila menerima Anugerah Pencahayaan Bangunan (Cemerlang) bagi Kategori Bangunan Kerajaan dan Institusi sempena Anugerah Khas Datuk Bandar Kuala Lumpur 2025.
- Kompleks Angkasapuri menerima Anugerah Pencahayaan Bangunan (Cemerlang) bagi Kategori Bangunan Kerajaan dan Institusi.
- Anugerah menghargai usaha RTM menonjolkan keindahan pencahayaan seni bina, terutamanya waktu malam.
- Penghargaan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Ismadi Sakirin.
- Penganugerahan mencerminkan komitmen RTM memperindah wajah ibu negara dan menyokong pembangunan bandar lestari.
- Pengiktirafan turut mengukuhkan peranan RTM mempromosi identiti dan keindahan Kuala Lumpur di peringkat global.
Kompleks Angkasapuri menerima Anugerah Pencahayaan Bangunan (Cemerlang) / Foto DBKL
Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan kepada usaha RTM dalam menonjolkan keindahan pencahayaan seni bina bangunan serta peranannya menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang hidup, ceria dan berwarna-warni, khususnya pada waktu malam.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen RTM dalam memperindah wajah ibu negara.
Anugerah tanda penghargaan terhadap komitmen RTM dalam memperindah wajah ibu negara / Foto DBKL
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan RTM dalam menyokong inisiatif pembangunan bandar lestari, di samping memperkukuh peranannya sebagai institusi penyiaran nasional yang bukan sahaja menyampaikan maklumat, tetapi turut menyerlahkan keindahan dan identiti Kuala Lumpur di mata dunia.
Menara Angkasapuri

