Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025 : RTM rangkul tiga anugerah

KUALA LUMPUR, 18 November – Radio Televisyen Malaysia, (RTM) terus menperkukuh reputasi sebagai organisasi penyiaran paling berpengaruh apabila merangkul tiga anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • RTM rangkul tiga anugerah pada Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025, mengukuh reputasi penyiaran negara.
  • RTM terima Anugerah Khas Menteri dua tahun berturut-turut beserta trofi dan RM10,000.
  • Suhil Mohd Noor menang Penyiaran Televisyen Terbaik 2025 bagi laporan khas "Usang Berpenghuni - RUU PSB".
  • Majlis pertandingkan lapan kategori menekankan kerjasama strategik dan ketelusan dalam penyampaian dasar kerajaan.

RTM turut menerima Anugerah Khas Menteri, untuk tahun kedua berturut-turut dan menerima plak penghargaan, trofi serta hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Saripan menyifatkan penghargaan yang diberi kepada RTM ini akan terus mempertingkat kualiti penerbitan berita, kandungan siaran dan program-program di RTM.

“Semoga kerjasama antara RTM dan KPKT juga akan terus berkekalan,”katanya.

Sementara itu wartawan, Suhil Mohd Noor meraih tempat pertama bagi Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik 2025, menerusi Laporan Khas Berita TV bertajuk “Usang Berpenghuni – RUU PSB”.

Manakala, Paranthaman Nadarajan di tempat kedua bagi Anugerah Penyiaran Radio Terbaik 2025 menerusi Laporan Program Radio NASIONALfm.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa plak penghargaan, trofi dan wang tunai bernilai RM3,000 dan RM2,000.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dalam majlis itu lapan kategori anugerah dipertandingkan iaitu Kewartawanan Foto Terbaik, Kandungan Media Sosial Terbaik, Influenser Terbaik, Video Portal Dalam Talian Terbaik, Penerbitan Artikel Terbaik, Penyiaran Radio Terbaik, Penyiaran Televisyen Terbaik dan Anugerah Khas Menteri KPKT 2025.

Terdahulu, Menteri dalam ucapan alu-aluannya berkata komunikasi kini bukan lagi sekadar proses penyampaian mesej, tetapi kerjasama berstrategi dalam menyampaikan dasar kerajaan yang menuntut ketelusan serta meningkatkan kesedaran masyarakat kepada isu sosial, ekonomi dan pembangunan.

“Tanggungjawab itu menjadi lebih mencabar dengan perkembangan platform media sosial serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas,”katanya.

Hey there! Ask me anything!