LABUAN, 13 November – Kira-kira 35,000 pengunjung disasar menghadiri Borneo Arts Festival, (BAF) 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
- BAF 2025 disasarkan menarik kira-kira 35,000 pengunjung ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
- Festival berlangsung dari hari ini sehingga 17 November dengan pelbagai tarikan baharu dipertontonkan.
- Tarikan termasuk rumah tradisional etnik, persembahan pelbagai budaya dan pameran kraftangan kebudayaan.
- Persembahan lampu cahaya antara aktiviti menarik yang dipersembahkan sepanjang penganjuran.
- Penganjuran diharap mempromosi Labuan sebagai destinasi pelancongan dan tingkatkan pertumbuhan sosioekonomi pulau.
Pelbagai tarikan baharu serta persembahan budaya diperkenalkan sepanjang penganjuran bermula hari ini hingga 17 November.
Antaranya, rumah tradisional etnik, persembahan pelbagai budaya, pameran kraftangan kebudayaan dan persembahan lampu cahaya.
Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim turut memaklumkan, penganjuran kali ini merupakan permulaan yang lebih besar untuk Labuan.
“Festival bukan sahaja mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan, namun langkah usaha membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi pulau ini”, katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof dijangka merasmikan festival ini.