Banjir : APM bantu pengurusan jenazah warga emas

KOTA BHARU, 23 November – Angkatan Pertahanan Awam, (APM) Kelantan membantu pengurusan jenazah seorang warga emas, selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira pukul 10.34 pagi.

Timbalan Pengarah APM Kelantan, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid  Ishak mengetuai koordinasi operasi melibatkan tujuh anggota menggunakan lori sebagai kenderaan utama.

Jenazah dibawa dari Masjid Haji Omar ke Kubur Beris Arab, Kampung Senang, Kota Bharu sejauh kira-kira dua kilometer. 

Laluan ke lokasi pengebumian agak mencabar dengan paras air banjir mencecah satu meter. Namun anggota APM berjaya memastikan pergerakan kenderaan dan keselamatan semua yang terlibat.

Proses membawa jenazah warga emas mengambil masa sekitar satu jam dan selesai dikebumikan, tengah hari tadi.

Hey there! Ask me anything!