Banjir bawa risiko penyakit bawaan air, KKM seru kesedaran berterusan

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Keperluan kesedaran berterusan terhadap penyakit bawaan air ditekankan Kementerian Kesihatan susulan peningkatan risiko pencemaran sumber air setiap kali musim banjir melanda.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Misliza Ahmad berkata, banjir bukan sekadar bencana fizikal, sebaliknya turut membawa implikasi kesihatan yang besar kepada komuniti.

Jelasnya, pencemaran air akibat campuran sisa najis serta bahan kimia dalam air banjir boleh meningkatkan risiko penyakit seperti Hepatitis A, Leptospirosis, taun, typhoid dan keracunan makanan, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas yang lebih mudah terdedah kepada komplikasi.

Beliau menjelaskan pencemaran air akibat campuran sisa najis serta bahan kimia bersama air tadahan longkang mampu meningkatkan risiko penyakit seperti Hepatitis A, Leptospirosis, taun, typhoid dan keracunan makanan pada tahap membimbangkan, khususnya terhadap golongan kanak-kanak dan warga emas.

“Bagi penduduk terkesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), perkara utama ialah memastikan makanan dan minuman yang diambil dimasak dengan sempurna serta dimakan dalam tempoh empat jam selepas disediakan. Kebersihan diri, khususnya kebersihan tangan, juga amat penting bagi mengelakkan penyebaran penyakit,” katanya ketika ditemui RTM.

Budaya pencegahan harus dibina sebelum bencana berlaku agar komuniti lebih bersedia, terutama di kawasan yang selalu banjir.

Tegas beliau, langkah-langkah asas seperti memastikan makanan dimasak sempurna, mengamalkan kaedah lihat, hidu dan rasa serta mengelakkan kontak terus dengan air banjir mampu mengurangkan risiko jangkitan dengan ketara.

Orang ramai dinasihat agar tidak bermain air banjir berikutan risiko mikroorganisma atau patogen berbahaya yang boleh memasuki tubuh melalui luka terbuka atau kulit.

Hey there! Ask me anything!