Banjir di Kelantan: Penduduk terjejas terus meningkat

TUMPAT, 23 November – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan terus meningkat petang ini.

Setakat pukul 4 petang, 5,624 penduduk daripada 2,105 keluarga dipindahkan ke 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pasir Puteh merupakan jajahan terbaru dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat paling tinggi penduduk terjejas iaitu 3,048 individu daripada 1,263 keluarga.

Lapan PPS dibuka hari ini menjadikan 10 PPS beroperasi setakat ini di jajahan berkenaan.

Ia diikuti Kota Bharu dengan 1,377 individu membabitkan 487 keluarga kini berlindung di 11 PPS.

Sementara Bachok turut merekodkan peningkatan penduduk terjejas iaitu 1,180 individu membabitkan 352 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS.

Satu PPS beroperasi di Pasir Puteh yang menempatkan 56 penduduk daripada 15 keluarga.

Sementara itu, menurut portal Public Info Banjir JPS, Sungai Melor di Jambatan Melor Bachok menunjukkan trend meningkat dengan bacaan melebihi paras berjaga-jaga iaitu 7.48 meter.

Hey there! Ask me anything!