KANGAR, 29 November– Memasuki hari ketujuh, situasi banjir di Perlis kian pulih apabila jumlah penduduk yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan.
Sehingga 8 pagi tadi, jumlah penduduk yang dipindahkan ke PPS kepada 6,907 orang daripada 2,059 keluarga berbanding 7, 116 orang daripada 2, 138 keluarga pada pukul 9 malam tadi.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, jumlah penduduk yang masih berada di 10 PPS sekitar Kangar berkurangan kepada 4,091 daripada 1,199 keluarga berbanding 4,251 daripada 1,257 keluarga sebelum ini.
Manakala di Arau kini dengan 1,602 orang daripada 496 keluarga berbanding 1,653 orang daripada 517 keluarga mengikut laporan sebelum ini.
Sementara di Padang Besar, jumlah terkini penduduk terjejas banjir ialah 1,214 orang daripada mewakili 364 keluarga di 8 PPS.
Berikutan cuaca cerah sejak dua hari ini, lebih ramai penduduk terjejas banjir yang berada di PPS khususnya di Padang Besar dan Arau akan kembali ke kediaman masing-masing.
Pihak Angkatan Pertahanan Awam bersama agensi dibawah Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana terus memantau situasi banjir di Perlis sekiranya gelombang kedua melanda.