Banjir Kedah : Lorong arah selatan PLUS di Jitra ditutup

KUBANG PASU, 25 November – Laluan lorong arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer 28.3 hingga kilometer  28.4 berhampiran Jitra ditutup kepada lalu lintas  berikutan peningkatan paras air banjir ke lebuh raya itu.
 
Pengendali lebuh raya PLUS Malaysia Bhd memaklumkan, penutupan berdekatan  antara laluan Dewan Wawasan ke Jitra.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lorong arah selatan PLUS di Kilometer 28.3–28.4 dekat Jitra ditutup kerana paras air banjir meningkat.
  • Orang ramai dinasihatkan patuhi arahan pegawai, papan tanda trafik dan rancang perjalanan atau rujuk @llmtrafik.
  • Pengguna diminta keluar di susur Malau/Jitra dan boleh masuk semula melalui susur Darulaman.

“Orang ramai  dinasihatkan mematuhi  arahan pegawai dan papan tanda  trafik di lokasi  dan memastikan semua langkah berjaga-jaga diambil serta merancang perjalanan atau merujuk @llmtrafik,” menurut PLUS di laman X.

Sementara itu kenyataan dilaman facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu memaklumkan, penutupan laluan lorong arah selatan berikutan banir bermula pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu lagi pengguna lebuh raya diminta keluar melalui susur persimpangan Malau/Jitra  dan boleh masuk semula melalui susur masuk Darulaman.

Hey there! Ask me anything!