RAUB, 6 Disember – Jumlah penduduk yang dipindahkan ekoran banjir di Pahang tidak berubah.
Sehingga pukul 4 petang, seramai 31 orang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sama seperti tengah hari.
24 orang daripadanya merupakan penduduk Kampung Ulu Sungai di sini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan, kesemua 11 buah keluarga itu dipindahkan ke PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai, Batu Malim, selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air, pagi tadi.
Ini kali ketiga PPS berkenaan dibuka bagi menempatkan penduduk yang terkesan dengan banjir, selepas kali terakhir ditutup pada 29 November lalu.
Di Kuantan, seramai tujuh penduduk daripada sebuah keluarga juga masih berlindung di PPS Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.
Dalam pada itu, lima sungai berada paras waspada iaitu Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan; Sungai Lipis di Batu Malim, Raub; Sungai Telemong di Bentong; Sungai Triang di jambatan keretapi, Bera dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, juga di Bera.