Banjir Pahang: Penduduk terjejas semakin berkurang

KUANTAN, 30 November – Banjir di Pahang menunjukkan penurunan dengan 661 penduduk terjejas berbanding 1,132 orang penduduk pukul 5.00 petang tadi.

Berdasarkan portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 227 keluarga masih berlindung di 25 Pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah terjejas.

Temerloh merekodkan jumlah penduduk paling ramai terjejas iaitu 224 orang yang ditempatkan di empat PPS.

Diikuti Lipis 205 orang di 8 PPS, Jerantut (75 orang) di 3 PPS, Bera (74 orang) di 3 PPS, Raub 67 orang di 5 PPS, Maran (9 orang) di satu PPS, dan Kuantan (7 orang) di satu PPS.

Hey there! Ask me anything!