RAUB, 7 Disember – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Kampung Ulu Sungai di Raub, Pahang ditutup sepenuhnya pada pukul 10.00 pagi, Ahad.
Kesemua penduduk yang berlindung di PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah penduduk terjejas di Pahang seramai tujuh orang daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Kuantan setakat pukul 12.00 tengah hari.

