KANGAR, 26 November – Seramai 6,683 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis, setakat pukul 6 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Banjir melanda beberapa kawasan di Kangar, banyak kawasan masih ditenggelami air dan ada kawasan baharu dinaiki air.
- Paras air di Arau semakin surut, menunjukkan keadaan banjir bertambah baik di sesetengah lokasi.
- Pihak berkuasa sudah membuka semula jalan utama yang sebelum ini dinaiki air untuk kenderaan.
Menurut Data Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, jumlah berkenaan merangkumi 1,972 keluarga.
Kangar menjadi kawasan yang paling ramai penduduk berlindung di PPS dengan mencapai 3,773 orang.
Manakala Arau menempatkan 1,620 penduduk di PPS dan Padang Besar dengan 1,290 penduduk.
Hasil tinjauan RTM petang tadi mendapati masih banyak kawasan di sekitar Kangar masih ditenggelami air dan beberapa kawasan baharu turut di naiki air.
Bagaimanapun paras air di Arau semakin surut.
Pihak berkuasa sudah membenarkan kenderaan melalui jalan utama yang dinaiki air sebelum ini.

