KUALA NERUS, 23 November – Situasi banjir di Pulau Redang, Terengganu kekal tidak berubah apabila 264 penduduk daripada 87 keluarga masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
- 264 penduduk daripada 87 keluarga masih ditempatkan di PPS Masjid Kampung Pulau Redang.
- PPS dibuka pada 11.30 pagi Sabtu akibat hujan berterusan dan fenomena air pasang besar.
- Hujan lebat dan paras air laut tinggi menyebabkan kampung ditenggelami air.
- Semua sungai utama di Terengganu dilaporkan berada pada paras normal menurut JPS.
- Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan sedia berpindah jika diarahkan pihak berkuasa.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 6 pagi tadi, semua mangsa ditempatkan di PPS Masjid Kampung Pulau Redang, yang dibuka pada 11.30 pagi pada Sabtu berikutan hujan berterusan sejak malam Sabtu, disusuli fenomena air pasang besar.
Hujan lebat dan paras air laut yang tinggi menyebabkan kawasan kampung berkenaan ditenggelami air, sekali gus memaksa penduduk berpindah ke lokasi yang lebih selamat.
Sementara itu, berdasarkan portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), semua sungai utama di Terengganu berada pada paras normal.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpindah sekiranya menerima arahan daripada pihak berkuasa.

