Banjir Terengganu: Lebih 5,000 penduduk masih terjejas

KUALA LUMPUR, 30 November – Seramai 5,666 penduduk terjejas banjir daripada 1,663 keluarga di Terengganu berteduh di 101 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Angka berkenaan berkurangan berbanding 5,881 penduduk terjejas daripada 1,727 keluarga, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh daerah masih terjejas banjir di negeri berkenaan.

“Kuala Terengganu merekodkan 1,493 penduduk terjejas daripada 545 keluarga di sembilan PPS.

“Manakala Marang 1,144 penduduk daripada 252 keluarga yang masih berteduh di 16 PPS.

“Kemaman pula seramai 886 orang,  Kuala Nerus (803 orang), Setiu (656 orang), Dungun (491 orang) dan Hulu Terengganu (193 orang),” menurut kenyataan tersebut.

Hey there! Ask me anything!