Banjir di Terengganu menurun, PPS Pulau Redang ditutup

TERENGGANU, 23 November – Banjir di Terengganu kini menunjukkan penurunan, dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pulau Redang, Kuala Nerus ditutup petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah mangsa di Terengganu kini 336 orang dalam dua PPS di daerah Besut.
  • PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut menempatkan 234 penduduk daripada 72 keluarga.
  • PPS Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian menempatkan 102 penduduk daripada 29 keluarga.
  • Paras sungai utama dilaporkan kembali kepada tahap normal menurut JPS.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 6 petang tadi, seramai 336 penduduk daripada 101 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah Besut.

Paling ramai di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut iaitu 234 penduduk daripada 72 keluarga manakala 102 penduduk daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, menurut portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras sungai utama di negeri ini kini berada pada tahap normal.

Hey there! Ask me anything!