KUALA LUMPUR, 24 November– Paras air di beberapa kawasan sungai di Selangor dan Kuala Lumpur telah merekodkan tahap amaran dan paras bahaya berikutan hujan lebat yang berterusan semalaman.
RINGKASAN BERITA AI
- Paras air beberapa sungai di Selangor dan Kuala Lumpur kini pada tahap amaran dan bahaya selepas hujan lebat berterusan.
- 22 kawasan sungai mencatat paras membimbangkan termasuk Sungai Langat, Sungai Gombak dan Sungai Klang.
- Siren amaran dikeluarkan; pengguna dinasihat tidak menggunakan Lebuhraya NKVE akibat banjir kilat.
Melalui portal info banjir jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 4 petang, sebanyak 22 kawasan sungai telah mencatat paras air yang membimbangkan.
Antaranya Sungai Langat, Sungai Bernam, Sungai Bakul, Sungai Rasau, Sungai Gombak, Sungai Klang dan Sungai Kayu Ara.
Berikutan kenaikan paras air sungai itu, siren amaran awal telah dikeluarkan di sekitar ibu negara.
Pengguna jalan raya turut disaran tidak menggunakan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) yang masih tergendala akibat banjir kilat.