Bekas Imam Besar Masjid Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad meninggal dunia pada usia 81 tahun awal pagi ini.

Menurut hantaran di Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, jenazah Allahyarham dibawa ke masjid di Shah Alam itu bagi urusan mandi dan kafan selepas solat Subuh serta solat jenazah pada 9 pagi, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam USJ22, di Subang Jaya untuk dikebumikan.

Allahyarham yang lahir di Dungun, Terengganu merupakan antara kumpulan pelajar Malaysia pertama menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Malah pernah menjadi Imam Masjid Putrajaya selama lima tahun sebelum berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara pada 2007 hingga 2019.

Hey there! Ask me anything!