Belanjawan 2026: RMK13 ambil kira permohonan semua negeri – PM

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Menerusi Belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah mengambil kira permohonan semua negeri.

Beliau berkata pertemuan dengan dengan kepimpinan semua negeri bagi memahami keutamaan projek pembangunan negeri.

Projek pembangunan di setiap negeri yang terlibat adalah seperti berikut :

Pulau Pinang
• Projek Penyuraian Trafik PLUS dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua
• Klinik Kesihatan Kubang Semang dan Kompleks Kesihatan Bersepadu Seberang Perai Tengah
• Naik Taraf Muka Sauk di Titi Kerawang dan Teluk Awak Serta Pemasangan Paip Air Mentah dari Muka Sauk ke Empangan Teluk Bahang
• Naik Taraf Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara
• Pembinaan Jalan Bawah (Underpass) untuk menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma di persimpangan Jalan Mount Erskine/ Jalan Gottlieb/ Jalan Burma/ Jalan Bagan Jermal Seksyen A: Jalan Bawah (Underpass)

Johor
• Naik taraf Lebuhraya Senai-Desaru Fasa 2A: Cahaya Baru ke Sungai Johor untuk JS-SEZ
• Pembinaan Jalan Dari Jalan Kluang-Renggam – Layang-Layang J25 di Taman Muhibbah ke Jalan Kota Tinggi – Kluang, Daerah Kluang
• TWG: Penggantian Lif dan Eskalator di Bangunan Sultan Iskandar dan Johor Bahru Sentral
• Naik Taraf Persimpangan Seksyen 16.0 di Jalan Johor Bahru – Kulai dan Jalan Gelang Patah, Johor Bahru
• Naik Taraf Jalan Pt. Panjang dari Pekan Ayer Baloi ke Persimpangan Tol Sedenak, Pontian

Perak
• Naik taraf Jalan Persekutuan di Pengkalan Hulu
• Pembinaan persimpangan PLUS di Kerian
• Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Tanjung Rambutan
• Pembangunan Kerja – kerja Infrastruktur Asas Taman Industri Halal Perak (PHIP), Daerah Manjung
• Projek Menaik Taraf Laluan FT100 (Seksyen 10.4) ke Laluan FT3145 Pelabuhan Lumut (Seksyen 5.4), Manjung, Perak Fasa 5: Tanjong Malim-Pelabuhan Lumut

Kedah
• Takungan Air Pinggiran Sungai Karangan, Kulim
• Klinik Kesihatan Sik, Kedah
• Projek Saliran Mesra Alam Di Taman Selasih, Daerah Kulim

Kelantan
• Sistem saliran Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu
• Naik taraf Jalan Kubang Kerian-Bachok
• Loji Rawatan Kumbahan Serantau Mukim Tiong & Mukim Jelutong dan Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan serta KerjaKerja Rasionalisasi di sebahagian Kawasan
Sub Tadahan Zon Bandar Baru Tunjong, Jajahan Kota Bharu
• Naik Taraf Jalan Kubang Kerian-Bachok dari Persimpangan Kubang Kerian ke Persimpangan Binjai, Kota Bharu
• Naik Taraf Jalan Pasir Mas-Salor di Persimpangan Pasir Hor/Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
• Sistem Bekalan Air Luar Bandar Jajahan Pasir Mas

Melaka
• Jalan baharu dari Jalan Masjid Tanah Kuala Linggi ke Telok Gong, Alor Gajah,
• Naik Taraf Jalan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah, Alor Gajah
• Pembinaan Semula Bangunan Daif berserta Bangunan Tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Alor Gajah
• Pembinaan Semula Bangunan Baharu dan Naik Taraf Bangunan Asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan, Melaka Tengah
• Naik taraf Muzium Samudera Fasa 1, Jalan Quayside, Melaka

Sabah
• Menaik taraf Kolam Pengoksidaan Inanam kepada Loji Rawatan Kumbahan Serantau
• Membina jalan baharu dari Kalabakan ke Simanggaris (sempadan MalaysiaIndonesia), Kalabakan
• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah – kerjakerja pembinaan ban
• Pemasangan paip transmisi dan agihan utama termasuk tangki simpanan di sebahagian kawasan Bandar Tawau
• Kerja-kerja penggantian paip usang dan menaiktaraf paip transmisi dan agihan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah

Sarawak
• Membina jalan utama Bahagian Kapit dari Nanga Serau ke Nanga Seranau, Bahagian Kapit
• Pembinaan Klinik Kesihatan dengan Kuarters Mukah dengan Kompleks Kesihatan Bersepadu Bahagian Mukah
• Program Peningkatan Pengeluaran Lembu Pedaging di Sarawak
• Program Pemerkasaan Industri Padi dan Beras di Sarawak
• Program Residensi Rakyat (PRR) Samariang, Kuching

Negeri Sembilan
• Membina persimpangan PLUS untuk pembangunan Malaysia Vision Valley
• Baraj Dan Takungan Air Pinggiran Sungai Sg. Pedas, Rembau
• Naik Taraf Struktur Jalan Utama Palong serta Naik taraf Persimpangan Palong 7,8, Jempol
• Pemuliharaan Pantai Teluk Kemang di Daerah Port Dickson
• Jalan Baharu Dari Kampung Barisan ke Jalan Kampung Tampin Linggi, Daerah Port Dickson

Pahang
• Naik taraf Lebuhraya Kuantan-Segamat, Rompin
• Jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran
• Pemajuan Kawasan Kg. Bongsu, Temerloh
• Naik Taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke Persimpangan Lampu Isyarat LPT1, Kuantan
• Klinik Kesihatan dengan Kuarters, Pos Lenjang, Lipis

Perlis
• Naik taraf Jalan Kampung Batu Dua ke Beseri
• Naik taraf Kolam Takungan Banjir Chuping
• Mesin Pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis
• Perolehan Bangunan untuk dijadikan sebagai kuarters kakitangan Hospital Tuanku Fauziah
• Pembinaan Gantian Penuh Sekolah Kebangsaan Chuping

Terengganu
• Pengawalan hakisan Pantai Rusila, Marang
• Naik taraf Jalan Persekutuan di Setiu
• Sistem Saliran di Kg. Mak Chili Paya, Chukai, Kemaman
• Pembinaan Jalan Baharu dari Kuala Terengganu Bypass di Kg Bukit Bayas Ke Jalan di persimpangan Kg Kubang Tangga, Kuala Terengganu
• Naik Taraf Infrastruktur Dan Kemudahan Sukan Di Stadium Hoki Kuala Terengganu

Selangor
• RTB Sungai Buloh Fasa 2
• Blok Tambahan Hospital Banting, Selangor
• Pembangunan baharu infrastruktur mekanikal dan elektrikal untuk kawalan banjir Negeri Selangor
• Naik taraf Jalan Persekutuan dari persimpangan Batu 9 ke persimpangan Jalan Dato Alias termasuk pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat
• Klinik Kesihatan Jenis 2 Kinrara, Petaling

Wilayah Persekutuan
• Pemuliharaan Sungai Gombak dari Kampung Sungai Mulia sehingga Kolam Takungan Banjir Puah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Wilayah Persekutuan Labuan
• Pembinaan Waterfront Labuan – Fasa 1
• Pembangunan Semula Kompleks Renang Kuala Lumpur

Datuk Seri Anwar menjelaskan demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Dewan Rakyat.

Hey there! Ask me anything!