LABUAN, 4 Disember – Kesemua 36 penumpang, termasuk dua kanak-kanak berusia bawah dua tahun berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki terbakar.
Kejadian berlaku kira-kira pukul tiga petang tadi.Bot berkenaan dilapor terbakar ketika dalam perjalanan dari Menumbok ke Labuan.
Menurut Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan, anggota terlibat bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan kejadian.Kesemua penumpang berjaya keluar dan bot mendarat di pesisir pantai Tanjung Mawilla untuk operasi pemadaman kebakaran.
Punca kejadian masih dalam siasatan.