Botswana kekal rakan penting Malaysia di Afrika

JOHANNESBURG, 21 November – Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di rantau Afrika, dengan pelaburan merangkumi sektor pembuatan pendawaian automotif, kampus Limkokwing University di Gaborone serta operasi penyelenggaraan lokomotif dan gerabak oleh syarikat Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Botswana kekal rakan penting Malaysia di Afrika dengan pelaburan dalam pembuatan, pendidikan dan penyelenggaraan keretapi.
  • Hubungan diplomatik lebih tiga dekad berasaskan saling percaya, hormat dan aspirasi bersama untuk kemajuan rakyat.
  • Kerjasama melalui PEMANDU dan pakar Malaysia membantu memperkukuh kapasiti institusi Botswana serta reformasi perkhidmatan awam.
  • Kedua-dua negara bersetuju meneroka kerjasama baharu dan mengekalkan persahabatan antara pemimpin tertinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjalanan hubungan diplomatik yang terjalin lebih tiga dekad adalah atas dasar saling percaya, hormat dan aspirasi bersama demi kemajuan rakyat kedua-dua negara.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe di sini dalam rangka Lawatan Kerja empat hari ke Afrika Selatan. 

Beliau turut menyatakan penghargaan atas kerjasama erat menerusi PEMANDU dan tenaga pakar Malaysia yang membantu memperkukuh keupayaan institusi Botswana, dalam agenda pertumbuhan ekonomi dan reformasi perkhidmatan awam.

Kedua-dua negara juga bersetuju meneroka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat bersama.

Perdana Menteri turut menitipkan salam kepada Presiden Duma Boko sebagai tanda persahabatan yang terus mengukuhkan hubungan Malaysia–Botswana.

Hey there! Ask me anything!