Buku terbaharu PM dilancarkan pada Ahad

PUTRAJAYA, 5 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan buku terbaharu bertajuk Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times akan berlangsung pada 7 Disember ini di Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.

“Ia menampilkan renungan dan cetusan Perdana Menteri mengenai keadilan, reformasi dan cabaran dunia pascanormal, iaitu suatu era perubahan pantas yang menuntut keberanian untuk menilai semula cara individu memahami diri, masyarakat dan masa depan bersama.

“Nukilan terkini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini mengetengahkan kupasan mendalam terhadap pelbagai persoalan besar di zaman ini, daripada pascakolonialisme dan Islamofobia sehinggalah kepada demokrasi serta pembentukan tatadunia,” katanya.

Orang awam yang berminat dialu-alukan untuk menyertai majlis pelancaran tersebut pada Ahad ini.

Hey there! Ask me anything!