KUALA LUMPUR, 17 November – Memorandum mengenai cadangan penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri, Rang Undang-undang (RUU) MTSB akan dibentangkan di parlimen. Fokus utama MTSB adalah menyiasat kemalangan jalan raya di negara ini.
“Pembentangan RUU MTSB dijangka dibentang di parlimen selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri. Sehingga MTSB ditubuhkan kelak, MOT akan teruskan mekanisme kewujudan penubuhan jawatankuasa siasatan kemalangan seperti siasatan kemalangan anggota FRU di Teluk Intan dan kemalangan bas pelajar UPSI di Grik.
“Platform adhoc ini terdiri ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada mereka yang berkepakaran”, katanya.
Beliau turut memaklumkan, bagi mencapai sasaran penubuhan MTSB, sepanjang Mei hingga Oktober tahun ini, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan sesi libat urus bersama agensi dan pihak berkepentingan.
Loke menjawab soalan wakil Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir di Dewan Rakyat hari ini.

