Datuk Hashim Hamzah angkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya

PUTRAJAYA, 3 Disember – Datuk Hashim Hamzah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Besar Malaya hari ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir, menggantikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersara pada 15 November lalu.

Pada hari yang sama, empat hakim Mahkamah Rayuan turut mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan di hadapan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Mereka ialah Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azimah Omar dan pelantikan semua hakim berkuat kuasa hari ini.

Datuk Hashim Hamzah mula dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 November 2012, sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 2014 dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 19 Mac 2021.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam kehakiman dan perundangan, termasuk pernah berkhidmat sebagai Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Ketua Unit Pendakwaan serta Pendaftar Kanan Mahkamah Persekutuan.

Hey there! Ask me anything!