Delegasi Malaysia sertai lawatan 4 hari ke Modern Cancer Hospital Guangzhou

GUANGZHOU, 14 November -Seramai 17 delegasi dari Malaysia, termasuk wakil media, doktor dan pihak perubatan pelancongan, menyertai lawatan empat hari ke Modern Cancer Hospital di Guangzhou, China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendedahan kepada gabungan perubatan barat moden dan perubatan tradisional Cina dalam rawatan kanser.
  • Pengenalan teknologi canggih: ablasi suhu, terapi imej beresolusi tinggi dan imunoterapi.
  • Pembelajaran mengenai pendekatan invasif minimum dan pemantauan robotik untuk sasar tumor tepat.
  • Lawatan praktikal termasuk pemerhatian pembedahan kecil dan fasiliti hospital.

Lawatan tersebut memberi pendedahan tentang teknologi terkini dalam rawatan kanser, yang menggabungkan perubatan Barat moden, rawatan invasif minimum, terapi sokongan, dan perubatan tradisional Cina.

Antara teknologi canggih yang digunakan ialah ablasi suhu, terapi panduan imej beresolusi tinggi, imunoterapi, serta pemantauan robotik untuk mensasarkan tumor dengan tepat tanpa pembedahan besar.

Delegasi turut dibawa menyaksikan pembedahan kecil serta meninjau pelbagai fasiliti yang disediakan di hospital berkenaan.

Turut hadir ialah konsul Jeneral Malaysia Guangzhou Cornelia Chin Siew Ling dan Pengarah Modern Cancer Hospital Guangzhou Wang Huai Zhong.

Hey there! Ask me anything!