YAN, 22 November – Dua kanak-kanak yang sedang menunggang basikal, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di Kampung Sedaka Tengah.
Insiden yang berlaku sekitar pukul 9.15 pagi tadi mengakibatkan kedua-dua mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah mengesahkan kejadian.
“Maklumat awal diterima daripada orang awam. Perkembangan lanjut mengenai kes akan dimaklumkan selepas polis menerima laporan terperinci,”katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.