KULIM, 19 Oktober -Dua pusat pemindahan sementara (PPS), di sini ditutup sepenuhnya pukul 2.00 petang tadi, selepas situasi banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sejak Jumaat lalu kembali pulih.
RINGKASAN BERITA AI
- PPS Surau Al Shahidin Taman Sang Kancil dan PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok ditutup sepenuhnya.
- Penutupan berkuat kuasa pukul 2.00 petang selepas keadaan banjir kilat pulih.
- Kesemua penduduk terjejas yang berlindung di PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
- Pembantu maklumat disahkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Alif Ahmad.
- Kampung terjejas termasuk Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Tok Betok.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Alif Ahmad menerusi kenyataan berkata, kesemua penduduk terjejas banjir yang berlindung di PPS Surau Al Shahidin Taman Sang Kancil dan PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Antara kampung yang terjejas dalam kejadian banjir itu Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Tok Betok,” menurut kenyataan itu.

