Institusi keluarga terus diperkasa, masa berkualiti dalam keluarga

SEREMBAN, 29 November – Inisiatif memperkukuhkan institusi keluarga terus diperkasa melalui program yang menekankan aspek komunikasi, kebersamaan dan budaya masa berkualiti dalam keluarga.

Menurut Pengarah Bahagian Sumber dan Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Halil Omar, penganjuran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di peringkat negeri menjadi platform terbaik untuk membawa pelbagai modul terus ke kawasan komuniti agar manfaatnya dapat dinikmati secara lebih dekat.

“Dengan adanya program sebegini, kita berharap hubungan dalam keluarga dapat dirapatkan. Selepas ini, sekiranya terdapat apa-apa isu atau perkara yang memerlukan susulan, mereka boleh terus datang ke Pusat Keluarga kami di Seremban 2.

“Di sekitar Senawang pula, kita mempunyai klinik penuh sejahtera yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan, termasuk perkhidmatan perancang keluarga dan saringan kesihatan khususnya untuk wanita,” katanya ketika ditemui Kru RTM di Majlis Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (NBKK) Peringkat Negeri Sembilan di Taman Pinggiran Senawang, di sini.

Pelbagai pengisian turut mewarnai NBKK Peringkat Negeri Sembilan termasuk sukan rakyat, Bazaria Keluarga, Ekspo KASIH, aktiviti interaktif untuk kanak-kanak dan remaja serta pameran perkhidmatan oleh pelbagai agensi

Hey there! Ask me anything!