Jabatan Imigresen, CiJA perkukuh agenda reformasi penyampaian maklumat jelas

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Jabatan Imigresen sedia bekerjasama dengan Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) bagi memperkukuh agenda reformasi jabatan menerusi penyampaian maklumat yang bertanggungjawab kepada masyarakat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan berkata penubuhan CiJA memberi nilai tambah kepada ekosistem pelaporan isu jenayah serta urusan imigresen, sekali gus membolehkan masyarakat memperoleh gambaran lebih tepat mengenai isu kompleks dan sensitif.

“Usaha reformasi imigresen bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan teknologi, malah berkait rapat dengan tahap kefahaman masyarakat kepada pelaksanaan dasar serta tindakan penguatkuasaan di lapangan.

“Sehubungan itu, Jabatan terbuka untuk mengadakan sesi penerangan berkala berkaitan undang-undang dan dasar imigresen, di samping berkongsi perkembangan juga trend semasa penguatkuasaan termasuk inisiatif pendigitalan perkhidmatan,”katanya.

Dalam pada itu, JIM merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan baharu CiJA serta menghargai peranan media dalam mendidik masyarakat mengenai keselamatan dan kepatuhan imigresen.

Hey there! Ask me anything!