JAPEN salur RM100 ribu, tingkat infrastruktur Sekolah Angkat Madani di SK Sikamat

SEREMBAN, 1 Disember – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memperuntukkan RM100 ribu bagi melaksanakan penambahbaikan infrastruktur di bawah inisiatif Sekolah Angkat Madani (SAM) di Sekolah Kebangsaan Sikamat, di sini.

Ketua Pengarahnya, Julina Johan berkata, ia melibatkan penyediaan peralatan baharu di tiga ruang pembelajaran utama iaitu Pusat Akses, Bilik Pemulihan Khas dan Makmal Komputer.

“Infrastruktur memang sudah ada, tetapi masih terdapat beberapa ruang dan kekurangan yang perlu kita perbaiki. Itu antara pendekatan yang dilaksanakan KPM.

Bagi sekolah ini, saya difahamkan ia mempunyai lebih 1,000 murid dan masih beroperasi dalam dua sesi. Jadi, saya melihat banyak keperluan yang boleh kita bantu untuk mempertingkatkan proses pembelajaran,” katnya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Sikamat, di sini.

Pada majlis sama, JAPEN turut melaksana program PENTARAMA Homecoming (Edisi Khas) bertujuan menyampaikan dasar kerajaan menerusi pengisian program interaktif dan menarik.

Antaranya, sembang santai kenegaraan, peragaan busana tradisional dan permainan interaktif.  

Lebih 1000 peserta menyertai, terdiri daripada murid, guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Hey there! Ask me anything!