Jawatankuasa khas ditubuh, perinci mekanisme tuntutan Sabah

KOTA KINABALU, 17 November– Sebuah Jawatankuasa akan ditubuhkan melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkaitan tuntutan 40%hasil bersih Sabah.

Jawatankuasa berkenaan bagi menetapkan terma rujukan dan memperincikan mekanisme pelaksanaan tuntutan tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mahkamah memutuskan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi tempoh 60 hingga 180 hari untuk mengadakan rundingan.

“Jawatankuasa khas itu akan melaporkan kepada jawatan kuasa teknikal dan akan dilaporkan kepada kabinet membuat sebarang keputusan, ” katanya

Beliau berkata demikian kepada media setelah selesai mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu hari ini.

Datuk Seri Fadillah mengesahkan kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan itu, sebaliknya fokus kepada pelaksanaan dan tafsiran terperinci berkaitan hak 40 peratus tersebut.

Jawatankuasa khas berkenaan akan melapor terus kepada kabinet selepas rundingan dibuat sebelum disampaikan kepada kerajaan negeri yang baharu.

Hey there! Ask me anything!