YAN, 23 November – Jenazah Penolong Jurutera, Jabatan Penyiaran Malaysia, Allahyarham Mohamad Khairul Zakaria, 46 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir Laut, pagi tadi.
- Jenazah Mohamad Khairul Zakaria disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir Laut pagi tadi.
- Suasana perkuburan dipenuhi hiba dan pilu oleh kehadiran ahli keluarga serta rakan-rakan.
- Jenazah tiba di rumah mentua di Kampung Singkir Laut sekitar 2.30 pagi sebelum pengebumian.
- Adiknya, Mohd Shafiq Zakaria, mengenang arwah sebagai insan baik yang sering membantu orang lain.
- Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak, serta berkhidmat 20 tahun di RTM.
Suasana hiba dan pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan yang dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Mohamad Khairul tiba di rumah mentuanya di Kampung Singkir Laut, kira-kira pukul 2.30 pagi.
Adik Allahyarham, Mohd Shafiq Zakaria menyifatkan Allahyarham Mohamad Khairul seorang yang baik, dan sering membantu ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Allahyarham Mohamad Khairul yang telah berkhidmat 20 tahun di RTM meninggalkan seorang isteri dan lima anak berusia antara 8 tahun hingga 20 tahun.

