JHEAINPP, USM perluas bimbingan kaunseling, bendung hubungan songsang

GEORGE TOWN, 5 Disember – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkasakan program pembangunan sahsiah dan bimbingan dalam usaha membendung isu hubungan songsang di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, usaha itu dilaksanakan sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan sokongan kaunseling dan panduan melalui pendekatan pendidikan serta pemulihan.

“Bahagian Penguatkuasa JAIPP sentiasa cakna dan melaksanakan pelbagai program latihan serta bimbingan untuk membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan.

“Alhamdulillah, berdasarkan laporan yang kami terima, ada yang telah berjaya berubah, manakala sebahagian lagi masih dalam proses pemulihan. Dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) kami turut menyediakan latihan, bimbingan dan kursus khusus untuk golongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan dan Pengisytiharan Solat Jumaat, Solat Fardhu dan Aktiviti Keagamaan di Masjid Habib di Tanjong Tokong di sini.

Pembinaan masjid itu sepenuhnya melalui inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) oleh Habib Jewels.

Hey there! Ask me anything!