KUALA LUMPUR, 23 November – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak.
- Program diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai 'The Largest Child Protection Advocacy Programme'.
- JKM komited memperkukuh peranan komuniti bagi lindungi kanak-kanak daripada penderaan dan eksploitasi.
- Satu panggilan boleh menyelamatkan kanak-kanak; orang ramai digalakkan menjadi mata dan telinga.
- Program melampaui sasaran 300 sekolah dengan capaian 337 sekolah, manfaat kepada 128,148 kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata
Program Kasih Kanak-kanak JKN itu diiktiraf sebagai ‘The Largest Child Protection Advocacy Programme.’
“Kita komited melalui JKM memperkukuh peranan komuniti dalam memastikan anak-anak mendapat perlindungan sewajarnya, dijauhkan daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi. Ini selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
“Satu panggilan mungkin dapat menyelamatkan kanak-kanak yang dianiaya, terabai atau didera. Kita semua boleh menjadi mata dan telinga bagi membantu sekiranya perkara itu berlaku.”
Beliau ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Menurutnya, program berkenaan berjaya melepasi sasaran asal iaitu 300 sekolah dengan capaian 337 sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada 128,148 kanak-kanak pada 2024.
Turut hadir menyempurnakan program tersebut, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga isteri Perdana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

