JPJ Pahang siasat video tular babitkan insiden di Tol Lanchang

KUANTAN, 23 November – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang sedang menyiasat isu berkaitan satu video tular membabitkan insiden interaksi seorang penguatkuasa jabatan itu dengan seorang pemandu lori di kawasan Tol Lanchang pada 20 November lalu.

Insiden dirakam semasa pemeriksaan ke atas sebuah lori yang disyaki membawa muatan selain daripada yang disyaratkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

JPJ Negeri Pahang menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemandu lori berkenaan difahamkan enggan memberi kerjasama.

“JPJ Negeri Pahang komited dalam memastikan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), serta siasatan insiden melibatkan penguatkuasa dijalankan secara telus dan bebas.

“Satu laporan polis juga telah dibuat oleh penguatkuasa terbabit,” katanya.

Pihaknya menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan dakwaan yang tidak berasas.

Hey there! Ask me anything!