Jubli Emas LCOT: Labuan terus jadi hab strategik minyak mentah negara

LABUAN, 23 November – Peranan Labuan sebagai pusat strategik industri minyak dan gas negara diperkukuh menerusi sambutan ulang tahun ke-50 Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT).
 
Terminal itu memainkan peranan penting sebagai pusat penyimpanan dan kemudahan eksport minyak mentah, seterusnya menghubungkan pengeluaran luar pantai Sabah dan pasaran minyak mentah global.
 
Pengerusi Hibiscus Petroleum Berhad Zainul Rahim berkata, kejayaan pengoperasian selama setengah abad, dengan pengeluaran harian meningkat sehingga hampir 100,000 tong sehari mencerminkan pertumbuhan industri minyak dan gas negara.
 
Pihaknya menyasarkan kendalian operasi lebih baik melalui penambahbaikan dalam kebolehpercayaan, keselamatan dan kecekapan kos pada masa akan datang.
 
“Selain pelaburan dalam teknologi, bakat dan perkongsian bagi memastikan LCOT kekal sebagai model kecemerlangan operasi dan kemampanan,” katanya ketika berucap pada sambutan Jubli Emas LCOT.
 
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohamad Salleh dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Datuk Ir. Bacho Pilong.

Hey there! Ask me anything!