Kad hijau baharu CIDB tingkat ketepatan rekod kehadiran pekerja pembinaan

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pelancaran Kad Pendaftaran Personel Binaan Baharu oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mampu meningkatkan ketepatan rekod kehadiran pekerja di tapak pembinaan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Jelasnya, penambahbaikan itu membolehkan kehadiran pekerja dijejak dengan lebih tepat, sekali gus membantu kerajaan memantau pergerakan tenaga kerja secara menyeluruh.

“Dengan adanya kad yang lebih pintar ini, masalah rekod tidak tepat melibatkan pekerja tempatan dan asing dapat diatasi.

Ia memudahkan kita mengesan keberadaan pekerja serta memastikan mereka benar-benar masuk ke tapak pembinaan setiap hari,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kad Pendaftaran Personel Binaan Baharu CIDB, di sini hari ini.

Nanta turut memaklumkan bahawa kad berkenaan dilengkapi ciri E-Wallet, membolehkan pembayaran gaji dibuat tepat pada masanya dan mengurangkan isu tunggakan oleh majikan.

“Dengan sistem ini, kita dapat kurangkan penyalahgunaan terhadap pekerja,” katanya.

Mengulas lanjut, penggunaan kad lama masih dibenarkan sehingga tamat tempohnya sebelum peralihan penuh kepada kad baharu tahun depan.

Beliau juga menyifatkan pelaksanaan inisiatif itu sebagai satu lonjakan penting bagi tadbir urus industri pembinaan negara.Sehingga kini, CIDB telah mendaftar seramai 1,168,104 personal binaan, merangkumi 7,10,582 pekerja tempatan dan 457,522 pekerja asing.

Hey there! Ask me anything!