Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Kerja Sosial negara, siap 2027

KUALA LUMPUR, 12 November – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM), sedang menyiapkan Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembangunan Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial disiapkan oleh ISM menjelang 2027 untuk memartabatkan profesion kerja sosial.
  • Matlamatnya memastikan pekerja sosial dilengkapi kompetensi kukuh, beretika tinggi dan berkesan membantu masyarakat memerlukan.
  • Pendekatan berasaskan ilmu, data dan bukti dipadukan dengan nilai empati serta kemanusiaan dalam amalan kerja sosial.
  • Inisiatif ISM termasuk ‘inspire talk’ dan ‘podcast inspire 2025’ untuk mendengar suara belia mengenai isu kesihatan mental dan buli.
  • Program ISM Inspire 2025 memperkukuh kesejahteraan masyarakat selaras Rancangan Malaysia Ke-13 dan Dasar Sosial Negara 2030.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kajian yang dijangka siap menjelang tahun 2027 itu, bertujuan memartabatkan profesion kerja sosial di negara ini, sekali gus membolehkan setiap pekerja sosial dilengkapi dengan kompetensi yang kukuh, beretika tinggi dan berkesan dalam membantu masyarakat memerlukan.

“Inilah pendekatan baharu ISM yang mahu menjadikan bidang kerja sosial di Malaysia diiktiraf sebagai profesion yang berasaskan ilmu, data dan bukti, tanpa menghilangkan nilai empati dan kemanusiaan. Menerusi ‘inspire talk’ dan ‘podcast inspire 2025,’ kita mendengar suara anak muda dalam membincangkan isu kesihatan mental, buli dan daya tahan sosial. Suara-suara inilah penting dan perlu didengari, kerana merekalah yang akan membentuk masa depan negara,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian Program ISM Inspire 2025 di sini, yang menjadi platform penting memperkasa suara belia serta memupuk kesedaran sosial ke arah masyarakat yang lebih prihatin dan berdaya tahan.

Program ISM Inspire 2025 turut dihadiri Pengarah ISM Norhaslinda Mohd Sibi.

Seramai 500 peserta hadir memeriahkan program tersebut yang merupakan sebahagian daripada ekosistem pembangunan sosial, dan dirangka bagi memperkukuh kesejahteraan masyarakat, selaras Rancangan Malaysia Ke-13 dan Dasar Sosial Negara 2030.

Hey there! Ask me anything!