KUCHING, 4 Disember – Tiga buah rumah teres musnah dalam satu insiden kebakaran, di Everbright Estate, Lorong 2C Jalan Batu Kawa, pada Khamis, malam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.45 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama bantuan BBP Padungan serta 20 anggota digerakkan ke loaksi 7 kilometer dari balai.
Setibanya di lokasi, kebakaran didapati sedang marak di rumah pertama sebelum merebak ke dua lagi rumah bersebelahan.
Pasukan bomba bertindak mamadam kebakaran dari air sumber pam jentera dan daripada pili bomba.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.56 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.27 malam.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.