KEPALA BATAS, 20 November– Keluarga mangsa insiden terjatuh di jambatan Pulau Pinang menerima bantuan kecemasan berjumlah RM1,000 dan barangan keperluan asas oleh Tabung Bantuan Segera Negeri (TBSN) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara.
- Keluarga mangsa diberi sokongan kaunseling dan bantuan tambahan termasuk semakan bantuan dengan Lembaga Zakat.
- Orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga.
- Pihak berkuasa meneruskan bantuan dan tindakan susulan selepas penemuan mayat mangsa.
Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim memaklumkan keluarga berkenaan turut diberi sokongan kaunseling serta semakan bantuan lain termasuk dengan Lembaga Zakat.
Orang ramai juga diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga berkenaan.
Terdahulu, mayat Elmi Nur Zamani Aizat, 25 tahun ditemukan kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh, berhampiran Jeti Pelayaran Pulau Pinang di Pengkalan Weld.